RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Tarikh                         : 25 September 2012
Hari                            : Selasa
Masa                          : 10.45 pagi – 11.45 pagi
Tahun                         : 4 Sentosa
Bilangan Murid          : 30 Orang
Umur                          : 10 Tahun
Tema                          : Kebudayaan dan Kesenian
Tajuk Pelajaran          : Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama
1.1    berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i)        berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

Fokus Sampingan
5.1    Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i)   membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.


Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
                          i.    Murid dapat berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
                         ii.    Murid dapat membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan teks ‘Perayaan di Malaysia’.
                       iii.    Murid dapat membina ayat yang betul dengan menggunakan kata nama khas berdasarkan teks ‘Pengalaman Di Hari Raya’

Kemahiran Bahasa  : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa          : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi.
Ilmu                              : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai                              : Kesenian dan menghormati budaya .
KBT                             : Kemahiran Berfikir, Kemahiran belajar
BBM                             : LCD, komputer, teks cerita, papan bual,  model pelita dan ketupat, video, powerpoint, kad ucapan raya.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran
 mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
              LANGKAH              MASA                  
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN

Set induksi
( 5 minit )





Video berkaitan “Hari Raya Aidilfitri”


 i.    murid melihat video dan menghayatinya.
ii.    murid diminta menceritakan tentang perkara yang dilakukan sebelum dan semasa Hari Raya.

Ilmu:
Kebudayaan
KBT:
Kemahiran Berfikir
BBM :
LCD

Langkah 1
(15 minit)


Papan Bual tentang gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri
·         Murid menceritakan suasana dan semasa perayaan Hari Raya.

  i.   Guru memaparkan Papan Bual yang mengandungi gambar-gambar semasa hari raya aidilfitri dan menunjukkan beberapa model ‘Pelita dan Ketupat’ yang digunakan semasa hari raya aidilfitri .
ii.   Guru dan murid berbual dan bersoal jawab tentang situasi gambar ,dan model ’pelita dan ketupat’ semasa hari raya tersebut dengan menggunakan bahasa dan ayat yang betul.



Ilmu:
Kebudayaan

KBT:
Kemahiran belajar

BBM :
LCD, papan bual, model pelita dan ketupat.


Langkah 2 
( 20 minit )


Teks “Pengalaman Di Hari Raya”.
·         Membaca petikan teks
·         Menyenaraikan Kata-kata nama am dan kata-kata nama khas



 i.    murid diminta membaca petikan teks secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul.
ii.   murid-murid lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.
iii.   Murid- murid kemudian diminta membaca teks secara beramai- ramai.
iv.   Guru bersoal jawab dengan murid.
v.   Guru meminta murid menyenaraikan kata nama khas dan kata nama am yang terdapat dalam teks ‘Pengalaman Hari Raya AidilFitri’.


Ilmu:
Kesenian

KBT:
Kemahiran Berfikir, Kemahiran belajar

BBM :
Teks “Pengalaman Di Hari Raya”, lembaran kerja

Langkah 3
( 15 minit )


Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri
·         Membuat kad ucapan



  i.   Guru mengedarkan sekeping kad manila bersaiz kad ucapan kepada setiap murid.
ii.   Guru menunjukkan contoh kad ucapan Hari Raya Aidilfitri untuk dijadikan pandukan kepada murid.
iii.   Murid dikehendaki untuk menghias, menggunakan ayat atau bahasa yang betul dalam membuat ucapan hari raya dan mewarna kad ucapan tersebut.
iv.   Hasil yang terbaik akan dipamerkan di belakang kelas.


Ilmu:
Kebudayaan

KBT:
Kemahiran belajar

BBM : kad manila bersaiz kad ucapan

Penutup
( 5 minit )


Klip Video ‘Suasana Hari Raya’
.

i.     Guru memperdengarkan video klip lagu ‘Suasana Hari Raya’.
ii.    Guru bernyanyi bersama- sama dengan murid.
iii.    Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan apa yang telah dipelajari hari ini.


Ilmu:
kesenian

BBM :
Lagu, LCD



No comments:

Post a Comment